BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 16, 2009

1MALAYSIA F1 TEAM


Malaysia nak join formula 1..??? wow!!!maka terciptalah satu lagi sejarah... akhirnya... setelah seberapa lama menjadi hos untuk formula one.... sekarang ni Malaysia akan mempunyai satu kumpulannya sendiri untuk bertanding dalam sukan yang berprestij tu... tapi..... kita tahu yang mana formula one merupakan salah satu jenis sukan yang memerlukan banyak peruntukan kewangan... berbaloikah Malaysia melabur dalam sukan ini??? ditambah pula dengan kegawatan ekonomi sekarang ni...
namun aku berasa berbangga kerana Malaysia telah menapak satu langkah lagi di hadapan dalam sukan permotoran ini... tambahan pula, kumpulan ini akan terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri.... dari segi reka bentuk, ujian hinggalah kepada pasukan pitstop akan dikendalikan oleh rakyat Malaysia sendiri...
jadi... kita akan melihat keupayaan rakyat Malaysia bersaing dengan kumpulan yang ternama seperti Ferrari, McLaren, Renault dan lain lain lagi... apapun.. sekalung tahniah buat Malaysia...
MALAYSIA BOLEH!!!

0 comments: