BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 18, 2009

FINAL EXAM......tamat


setelah mengharungi 4 hari yang memenatkan dan penuh dengan tension, akhirnya final exam aku selamat dihabiskan jugak pada 15 ari bulan tu... pertama kali menempuh exam di universiti sedikit mengujakan aku... tak tahu kenapa aku merasakan exam di universiti amat ketat sekali... tak keterlaluan kalau aku kata lebih ketat daripada SPM... mungkin macam tu la mereka jaga kualiti exam di UTP walaupun untuk pelajar foundation macam aku...alhamdulillah...aku berjaya menempuh exam tu sampai ke akhirnya... teringat jugak kat kawan2 yang kena kuarantin sampai sekarang disebabkan H1N1... mungkin ni dugaan yang perlu mereka lalui... tak tau pulak macam mana dengan dugaan yang akan aku hadapi pada masa depan...mungkin kecil  atau  mungkin juga lebih besar daripada mereka hadapi... namun aku harus ingat bahawa Allah akan sentiasa menduga hambaNya...
habisnya exam tu...bermakna tamatlah semester pertama aku kat UTP ni... sepatutnya semua student foundation dah boleh balik untuk cuti hari raya...tapi tidak bagi aku... disebabkan ada sedikit masalah... aku tak balik dulu...tinggal di kediaman ni memang terasa amat sunyi kerana kebanyakan student dah balik...yang ada pun student foreigner... adalah jugak student Malaysia yang tinggal.... kedengaran pulak yang rakan- rakan sekolah aku dulu nak adakan program dengan student form 5... arrrggh... terasa sangat- sangat nak pi sekolah, join program tu... apakan daya... aku still kat UTP lagi... mungkin nilah dugaan yang aku katakan tadi.... walaupun dugaan ni nampak sangat kecil, namun aku perlu bersabar... sabar sebahagian daripada iman....



0 comments: